RSS icon
  • USM News

    Admin Updated on July 6th, 2011 ( 4,812 views ) 4 comments

    This section is dedicated to USM students.

    USM logo

    Interesting news or blog post that related to USM. If you have blog post related USM (Universiti Sains Malaysia), please share it by commenting.

    DAFTAR SEGERA KE USM ELAK TERCICIR

    UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) meminta calon lepasan Matrikulasi, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Diploma dan setaraf dengannya yang berhasrat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam itu supaya mendaftarkan permohonan secara dalam talian dengan kadar segera bagi mengelak sebarang gangguan. Naib Canselor USM, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, berkata pendaftaran awal mengikut kelayakan calon penting bagi memastikan masalah kesesakan dalam talian di saat-saat akhir permohonan dibuka dapat dielakkan. Sehubungan itu, beliau mengingatkan pemohon supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini berhubung tawaran melanjutkan pengajian di USM melalui laman web… (read more)

    USM FC terlalu sikap rendah diri

    PENGENDALI skuad Liga Perdana, Universiti Sains Malaysia (USM) FC, S Veloo, mengakui kekalahan mereka kepada Felda United, kelmarin, disebabkan sikap terlalu rendah diri dan takut kepada bayang-bayang sendiri. Bagi Veloo, anak buahnya terlalu risau apabila berhadapan dengan pasukan itu sehingga menyebabkan mereka kecundang 1-4, walapun bermain di gelanggang sendiri. Kekalahan itu cukup aib dan memaksa Veloo mencari formula segera bagi memantapkan pasukan menjelang pertemuan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Jumaat ini. “Jika sikap itu masih gagal dikikis, memang sukar untuk kami mencipta kemenangan,” katanya. Pada pertemuan dengan Felda, pemain tuan rumah seakan-akan hilang punca khususnya pada babak pertama apabila mudah diperkotak-katikkan oleh lawan.

    USM TANDATANGAN MoU DENGAN UNIVERSITY OF NEWCASTLE

    PULAU PINANG, 8 Jan, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan University of Newcastle Upon Tyne, United Kingdom untuk bekerjasama dalam projek penyelidikan, latihan dan pembangunan sumber manusia, program kerjasama akademik dan projek komuniti dunia dengan menyediakan pusat-pusat perkhidmatan sains hayat yang bertaraf tinggi (state-of-the-art life sciences services centres). Dokumen persefahaman tersebut ditandatangani oleh Pemangku Naib Canselor, Prof. Asma Haji Ismail bagi pihak USM dengan Pengarah IPPT, Dr. Haji Ramli Saad sebagai saksi manakala University of Newcastle Upon Tyne diwakili oleh Pro Naib Canselornya, Profesor Chris Day dengan Pengarah Pengajian Pasca Siswazah Antarabangsa, Prof. Steve J. Yeaman sebagai saksi. ….. (read more)

    Galeri: Lukisan Kontemporari Croatia

    PAMERAN Lukisan Kontemporari Croatia di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (USM), Minden, Pulau Pinang mempunyai tarikan tersendiri apabila menampilkan 70 karya profesional negara itu untuk dikongsi dengan rakyat negara ini. Lukisan yang dipamerkan sehingga 11 Disember ini memperlihatkan kepelbagaian dalam kesatuan media tampak, kerencaman rupa bentuk dan persembahan kesenian serta perubahan pendek kata mahupun perspektif yang menjadi sumber ilham kepada penganjuran pameran itu. ….. (read more)

    USM ANJUR BADMINTON UNIVERSITI ASEAN

    LEBIH 200 peserta yang mewakili beberapa universiti seluruh Asean akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Universiti-Universiti Asean pada 18 hingga 20 Disember depan di kampus induk Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Setiap negara Asean menghantar lima pasukan daripada lima universiti masing-masing kecuali Malaysia yang mewakilkan enam pasukan berikutan USM secara automatik layak mengambil bahagian kerana menjadi tuan rumah. Lima universiti lain yang mewakili Malaysia ialah Universiti Malaya; Universiti Putra Malaysia; Universiti Pendidikan Sultan Idris; Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Mara….. (read more)

    KUIZ TEKNOLOGI KEMBANG MINDA

    TIGA pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) bertuah menikmati percutian sambil belajar di ibu pejabat vendor keselamatan terkemuka, F-Secure di Helsinki, Finland selepas memenangi Kejohanan Kuiz Teknologi Keselamatan Antara Universiti Kebangsaan yang dianjurkan syarikat itu. Pelajar dengan nama pasukan, Blac-X menewaskan 56 pasukan dari 18 universiti dan kolej seluruh negara untuk menerima anugerah tertinggi yang disempurnakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau turut menyifatkan kejohanan teknologi keselamatan…. (read more)

    MERINDER, NORIMA CEMERLANG

    DUA rekod baru berjaya dipecahkan pada Kejohanan Olahraga Remaja (bawah 17 tahun) yang berlangsung di Stadium Universiti Sains Malaysia (USM), Minden, Pulau Pinang, Sabtu lalu. Rekod pertama menerusi acara 1,500 meter menyaksikan kehebatan Melinder Kaur yang mencatat 4:46:2 saat mengatasi rekod lama 5:02:2s. Rekod baru kedua kejohanan tercipta menerusi acara lompat kijang apabila atlit, Norima Damneon mencatatkan 11.59m, mengatasi rekod lama 11.40m. Dalam pada itu, USM terus unggul apabila muncul juara keseluruhan kejohanan… (read more)

    MENGIKTIRAF SAINTIS WANITA

    Hasil penyelidikan Dr Zarina yang membolehkannya menerima anugerah berkenaan membabitkan kewujudan emas dalam penggunaannya di bidang teknologi nano seperti aplikasi peralatan elektronik termasuk sensor dan sel solar.Seorang lagi penerima anugerah, pensyarah kanan Sekolah Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Azura A Rashid menyifatkan kerjaya sebagai saintis membolehkan mereka menterjemahkan pengetahuan dan ilham secara bebas.”Itulah yang memberi dorongan kepada saya untuk memilih sains sebagai kerjaya. Apatah lagi, hasil daripada penyelidikan itu pula dapat memberi sumbangan bermakna kepada orang lain….. (read more)

    USM RESEARCHERS DEVELOP DRUG PRECURSOR TO TREAT CARDIOVASCULAR DISEASES

    usm_dadah_ubatUSM researchers have succeeded in producing a key component necessary for the production of medications for cardiovascular diseases using unique eco-friendly methods. L-homophenylalanine, a drug precursor, was developed using a biocatalytic method with a combination of…. (read more)

    USM Cipta Sejarah Berentap di Liga Perdana

    KBSSUSM1Universiti Sains Malaysia (USM) muncul universiti awam pertama yang diberikan tiket untuk bertanding dalam kancah Liga Perdana, iaitu liga kedua tertinggi dalam saingan bola sepak negara selepas Liga Super. Pemilihan USM melalui pasukan yang… (read more)

    USM Cipta Sejarah Berentap di Liga Perdana

    PNUSM_FCUniversiti Sains Malaysia (USM) akan memulakan cabaran dalam Liga Perdana bagi musim 2010 menerusi perlawanan menentang Pos Malaysia FC yang dijadualkan berlangsung pada hari Isnin, 11 Januari 2010, jam 8.45 malam di Stadium USM, USM, Pulau Pinang. Ini juga mencatat sejarah buat USM yang menjadi institusi pengajian tinggi awam… (read more)

  • Sukad USM | 2010

    Admin Updated on January 1st, 2010 ( 4,969 views ) 3 comments

    This section is dedicated to USM students.

    USM logo

    Sukad is the shortform for Sukan Antara Desasiswa. This event involve all of USM campuses.


    USM Minden (Week 1, Phase 1)

    • 29-31 January 2010
    • Football (Lembaran goes to semi-final that will be held on Week 2)
    • Hockey male (Champion: Lembaran, Runner-up: Jaya)
    • Hockey female (Champion: Indah Kembara) – I
    • Volleyball male (Champion: Jaya, Runner-Up: Lembaran)
    • Badminton, Softball, Tennis

    USM Minden (Week 2, Phase 1)

  • Events in USM

    Admin Updated on December 5th, 2009 ( 5,365 views ) 6 comments

    This section is dedicated to USM students.

    USM logo

    Interesting events, activities or upcoming events that related to USM. If you have events or activities related to USM (Universiti Sains Malaysia), please share it by commenting. Read the rest of this entry »